Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola telah membuat permohonan maaf kepada legenda Liverpool, Steven Gerrard susulan komen tak masuk akal yang diberikan suatu ketika dahulu.
Beliau akui kejadian yang menimpa Gerrard ketika tergelincir dahulu membolehkan Manchester City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada tahun 2014.
Bekas jurulatih Barcelona ini tetap menghormati Gerrard dengan kejayaan cemerlangnya dalam karier bersama Liverpool dan England.
“Saya tidak tahu sama ada kami bertanggungjawab untuk Steven Gerrard tergelincir di Anfield. Adakah itu salah kami? Saya menghormati Steven Gerrard – tetapi saat itu milik kami,” kata Guardiola dalam sidang media.
“Saya memohon maaf kepada Steven Gerrard atas komen tidak perlu dan bodoh saya yang saya katakan kali terakhir mengenainya. Dia tahu bagaimana saya mengaguminya dan kerjayanya, apa yang telah dia lakukan untuk negara yang saya tinggal dan berlatih.
Walaubagaimanapun, Pep sudah menyatakan bahawa beliau sudah berjumpa dengan Gerrard secara peribadi dan beliau benar-benar menyesal atas tindakannya itu.
“Saya malu dengan diri sendiri, apa yang dia katakan kerana dia tidak layak. Saya benar-benar percaya komen saya dalam sidang media saya sebelum ini untuk mempertahankan kelab saya tetapi saya tidak mewakili kelab saya dengan baik meletakkan namanya dalam komen bodoh ini.
“Saya minta maaf dan saya berkata kepadanya secara peribadi tetapi saya perlu melakukannya di sini juga. Saya sangat kesal kepadanya, untuk Alex, isterinya, anak-anak dan keluarga kerana ia adalah bodoh,” kata Guardiola dipetik daripada Manchester Evening News.