Pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera menarik nafas lega apabila pasukannya tidak kalah dengan keputusan lebih besar berdepan JDT dalam aksi Piala Malaysia.
Beliau bersyukur apabila pasukan kendaliannya setidak-tidaknya berjaya mempamerkan aksi yang diharapkan sungguhpun dibelasah 10-0 di Stadium Sultan Ibrahim semalam.
Katanya, The Red Warriors kehilangan beberapa tonggak utama di bahagian pertahanan pasukan semalam.
Malah, kelibat dua pemain pertahanan tengah juga bukanlah pemain yang beraksi pada posisi asalnya.
Vera bagaimanapun menarik nafas lega apabila Kelantan tidak dibolosi lebih banyak gol.
“Saya fikir kita akan kalau lebih besar. Itu daya saya fikirkan. Saya berusaha agar perkara itu tidak terjadi.”
“Ini kerana yang beraksi selaku dua stopper kita bukan beraksi pada posisi asal. Sekiranya kita tiada pemain yang betul pada setiap posisi bagaimana kita boleh kerja,” jelasnya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
Kelantan juga berdepan ujian berat selepas tewas 8-0 kepada Terengganu sebelum ini dan kemudiannya kepada JDT 10-0.
Peraturan Vera ditagih untuk mengembalikan semula prestasi anak buahnya tatkala ada beberapa siangan Liga Super masih berlangsung.