Advertisement
“Saya Tak Mahu Komen Pengadil Sebab Saya Tiada Duit Nak Bayar Denda” – Kim Pan-gon
Dunia
MakanBola
FA MALAYSIA

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mahu mengulas lanjut berkenaan keputusan pengadil pada malam ini selepas Malaysia mencatat kemenangan 1-0 di laman sendiri.

Aksi hari ini kembali mencuri tumpuan apabila beberapa keputusan pengadil dianggap kontroversi termasuklah pembatalan gol kedua Harimau Malaya.

Malah, pengadil kelahiran Korea Selatan ini turut tidak memberi sepakan penalti kepada anak didik Mano Polking susulan terjahan yang dilakukan oleh Shamie Iszuan.

Pengendali berusia 54 tahun itu jelas tidak mahu campur tangan dengan tugas pengadil perlawanan ini  sambil mahu fokus menjelang aksi timbal balik di Thailand Selasa depan.

“Saya tidak mahu komen tentang perkara itu.”

“Saya tidak mempunyai banyak duit untuk membayar denda, jadi saya tidak akan memberikan komen tentang pengadil,” jelasnya.

Gol tunggal Faisal Halim pada minit ke-12 sudah cukup untuk memberikan kelebihan kepada pasukan dalam misi mara ke pentas akhir kejohanan kali ini.