“Saya Tak Puas Hati Dengan Aksi Ini” – Nor Saiful Zaini
UltraSukan
Hokita
Advertisements

Meskipun gembira kerana berjaya merangkul gelaran juara Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia (MHL), pengendali Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan itu.

TNB muncul juara Piala Sumbangsih selepas mengatasi Terengganu Hockey Team (THT) menerusi penentuan penalti. Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 2-2 dalam aksi perlawanan penuh.

Jang Jong-hyun dan Amirul Hamizan Azahar masing-masing meletakkan TNB di hadapan. Bagaimanapun, dua gol Fitri Saari memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Nor Saiful merasakan anak-anak buahnya beraksi di bawah tahap sebenar malam ini. Ini termasuk gagal menyudahkan beberapa peluang menjaringkan gol.

Justeru, beliau mahu menyiasat punca perkara ini tercetus bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

“Permulaan yang baik untuk menang Piala Sumbangsih. Tetapi saya sangat tak berpuas hati dengan (corak) permainan (TNB).

Advertisements

“Sebab saya rasa pasukan kita memiliki banyak peluang menjaringkan gol tapi mempersiakan. Kita dapat empat sudut penalti tetapi kita tidak jaringkan gol.

“Dan kita kena menang perlawanan hari ini kerana untuk perebutan juara liga, ada tiga pasukan (yang bakal mencabar) iaitu kita TNB, THT dan Nurinsafi. Jadi, agak sukar untuk kita untuk mata akhir kita nanti.

“Tetapi dengan tengok keadaan hari ini, ramai pemain terutama pemain Malaysia tak dapat tunjukkan prestasi terbaik. Tak tahu kenapa terutama bila menjaringkan gol.

Advertisements

“Saya kena lihat balik sama ada keletihan atau tahap prestasi menurun semasa di luar musim, saya tak pasti. Tapi kita akan periksa balik. Tapi memang saya rasa ini bukanlah corak permainan terbaik TNB.

“Kita akan kaji balik untuk perlawanan-perlawanan yang seterusnya, Insya Allah,” jelasnya kepada UltraSukan selepas tamat perlawanan hari ini.

TNB merampas semula trofi Piala Sumbangsih yang dimenangi THT pada musim lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram