“Saya Tak Tahu Kenapa, Biasanya Tak Pernah Berlaku Sampai Macam Ini” – Dollah Salleh
Dunia
Terengganu Football Club
Advertisements

Melihat pasukan bimbingannya dibelasah tanpa belas kasihan di hadapan hampir 20 ribu penyokong di gelanggang sendiri, membuatkan Dollah Salleh hilang kata-kata.

Turun dengan misi mahu membawa bekalan selesa dalam aksi pertama pusingan kedua Piala Malaysia, Sri Pahang tersentak apabila terpaksa akur kecundang 1-5 di tangan Terengganu.

Dollah Salleh buntu memikirkan apa sebenarnya yang terjadi sehingga barisan pemainnya beraksi dengan begitu teruk di sebalik bermain di Stadium Darul Makmur yang ‘full-house‘ buat pertama kali musim ini.

Advertisements

“Memang hari ini kita serba tak menjadi. Tiga minit yang pertama kita sudah melepaskan dua gol ini satu kesilapan besar yang kita lakukan. Saya memang tak jangka, tak tahu kenapa, apa punca, pemain tak boleh tampung tekanan daripada Terengganu.

“Malam ini pertahanan begitu longgar sekali. Saya pun macam tak percaya benda ni berlaku sampai macam tu sekali. Kita cuba bangkit juga, dan dapat satu gol, tetapi sekali lagi kita melepaskan dua gol awal di separuh masa kedua. Pertahanan lumpuh, ia mematahkan rentak permainan kita pada malam ini.

“Saya tak tahu, malah satu lawan satu mudah sangat kita melepaskan, banyak gol berpunca daripada situasi pertahanan satu lawan satu, mudah sangat dipotong oleh penyerang Terengganu.

Advertisements

“Banyak yang harus diperbetulkan di pertahanan, tapi biasanya tak berlaku macam ini, tapi malam ni ketara sangat kesilapan tapi apa nak buat,” kata Dollah Salleh.

Kpah Sherman meledak jaringan pembukaan seawal minit pertama disusuli jaringan Nik Sharif dua minit kemudian untuk Terengganu mendahului 2-0 dalam tempoh tiga minit perlawanan bermula.

Steven Rodriguez merapatkan defisit pada minit ke-43 namun kebangkitan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan apabila skuad bimbingan Nafuzi Zain tampil lebih garang di separuh masa kedua.

Advertisements

Faisal Halim menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-47 dan tiga minit kemudian Kpah Sherman mengukuhkan kedudukan menjadi 4-1 sebelum dia melengkapkan hatrik pada penghujung perlawanan.

Aksi timbal balik akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 1 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram