“Saya Takkan Beli Kelab Lain di Malaysia” – Zamsaham
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham melontarkan persoalan mengapa tiada pihak yang berminat untuk melabur di dalam dunia bolasepak di Malaysia.

Menurutnya kelab-kelab seperti Melaka United dan Sarawak United mempunyai kumpulan penyokong yang ramai namun hairan tiada yang berminat membeli atau mengambil alih kelab tersebut.

“Kenapa tiada orang beli pasukan Melaka United dan Sarawak United ya? Ataupun PJ City? Kenapa tiada orang nak melabur dalam pasukan bola? Nak kata kecil tak juga sebab Sarawak ada penduduk seramai 3.5 juta dan Melaka 1.5 juta. Fan base besar juga tu, dan fanatik,” ujar Zamsaham.

Advertisements

Sebagai rekod, Melaka United dan Sarawak United tidak mendapat lesen kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Malaysia musim depan berikutan gagal memenuhi kriteria pelesenan kelab, manakala PJ City pula telah mengambil keputusan menarik diri daripada beraksi baru-baru ini disebabkan beberapa kekangan.

Apabila ‘diusik’ pengikutnya supaya beliau sendiri membeli kelab-kelab berkenaan dan mengkomersialkan mereka sepertimana dilakukannya bersama Kelantan, ini reaksi Zamsaham.

“Saya takkan beli kelab lain di Malaysia, saya punya hati di TRW (The Red Warriors) sahaja. Saya cuma nak penyokong dan dunia bolasepak di Malaysia bincang mengapa tiada orang berminat nak labur dalam dunia bola. Bukan isu penyokong fanatik sebenarnya, tetapi …” ujar Zamsaham sambil menyatakan akan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut apabila ada masa.

Advertisements

Sebagai rekod Zamsaham yang merupakan usahawan terkenal dan pakar pelaburan membeli Kelantan pada September 2020 dengan nilai RM6.8 juta.

Walaupun dipandang sinikal, beliau mensasarkan untuk mengapungkan saham (IPO) Kelantan FC dalam tempoh lima tahun, selain menyatakan potensi kelab itu menjana pendapatan sehingga RM10juta setahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram