Advertising
“Saya Tidak Dipecat” – Setiausaha Kehormat MCFA
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia (MCFA), Edwin Tang Chee Hong menafikan dakwaan telah dilucutkan jawatan dalam satu sesi mesyuarat baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan rasmi, beliau dengan tegas menafikan dakwaan dan khabar angin palsu tentang pelucutan jawatan sebagai Setiausaha Kehormat badan induk bola sepak kaum Cina itu.

Ad

Beliau turut menjelaskan satu Mesyuarat Majlis MCFA telah diadakan sebelum ini dan dihadiri oleh 16 orang perwakilan dengan agenda utama berfokus kepada pemilihan FAM akan datang.

Ad

Oleh yang demikian, beliau menekankan bahawa tiada usul atau agenda membincangkan mengenai pemecatan beliau sebagai Setiausaha Kehormat MCFA ketika mesyuarat itu.

Tambah beliau lagi, satu surat rasmi telah dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung jawapan balas mengenai dakwaan dan khabar angin yang timbul ini.

Ad

Terdahulu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melaporkan bahawa MCFA telah mengambil keputusan untuk melucutkan jawatan Edwin Tang Chee Hong selaku Setiausaha Kehormat.

Ad

Selain itu, badan induk itu turut didakwa gagal memperoleh borang pencalonan baharu untuk memilih wakil menjelang Kongres Pemilihan FAM pada 15 Februari akan datang.

Ad