Advertising
Jawapan FAM Tentang Isu Penipuan Calon FA
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil menjawab isu yang tular mengenai penipuan calon melibatkan salah satu Persatuan Bola Sepak (FA).

Sebelum ini, Arena Metro telah melaporkan mengenai luahan kecewa yang disuarakan Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Datuk Jeffery Low Han Chau mengenai isu penipuan borang pencalonan oleh wakil MCFA.

Ad

Difahamkan salah seorang wakil MCFA itu telah menyerahkan borang tersebut kepada Jawatankuasa Pemilihan FAM tanpa diketahui dan disahkan oleh Presiden, Datuk Jeffery Low Han Chua.

Ad

Senario ini tampak sama dengan satu lagi laporan oleh Arena Metro mengenai tindakan seorang wakil tertinggi dari sebuah Persatuan Bolasepak yang menghantar borang pencalonan secara rahsia menjelang Kongres Pemilihan FAM tidak lama lagi.

Lantaran itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, berkata pihak badan induk bola sepak negara mengambil berat dan memandang serius kejadian yang berlaku sehingga tular di dada akhbar itu.

Ad

”FAM memandang serius dakwaan kononnya berlaku penipuan pada borang pencalonan yang diserahkan oleh wakil Persatuan Bolasepak (FA) kepada Jawatankuasa Pemilihan FAM.”

Ad

Tambah beliau, segala surat-menyurat, borang pencalonan, dan juga notis kongres telah diserahkan kepada semua Setiausaha FA melalui Sekretariat FAM, menunjukkan bahawa badan induk itu telah menjalankan prosedur yang betul dalam hal ini.

Ad

“Semua surat menyurat, borang pencalonan dan notis kongres telah diserahkan kepada Setiausaha FA masing-masing melalui Sekretariat FAM,” ujar Datuk Noor Azman.

Beliau sempat menjelaskan bahawa isu yang tular berkenaan melibatkan masalah dalaman Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA) itu sendiri dan tidak seharusnya dikaitkan dengan FAM.

“Ini adalah isu dalaman Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA) dan tiada ada kena mengena dengan FAM. Tolong jangan kaitkan dengan FAM,” kata beliau lagi.

Pemilihan Kongres FAM bakal diadakan pada 15 Februari ini dengan beberapa kerusi hangat dijangka menjadi tumpuan ramai khususnya jawatan Presiden apabila Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan tidak akan mempertahankan tempat beliau.