“Sebagai Pemain Muda Memang Tak Boleh Memilih” – Ubaidullah
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain pertahanan muda Terengganu FC, Muhammad Ubaidullah Shamsul mengakui beliau tidak boleh bersikap memilih dan sentiasa berikan yang terbaik supaya momentum yang diingini berjaya dicapai.

Ketika ditanya mengenai perubahan posisi sebelum ini akan mengganggu keselesaannya untuk turun beraksi di pentas akhir, beliau berkata, sebagai pemain muda, beliau perlu menerima cabaran itu tanpa perlu memilih mengenai keselesaan dan mengutamakan aksi yang terbaik.

Bagi saya, selesa tak selesa pun, sebagai pemain muda, kita perlu terima cabaran itu, hanya buat yang terbaik dan apabila keyakinan itu datang, In Shaa Allah (akan) dapat momentum,” jawab beliau penuh yakin.

Advertisements

Beliau yang ditemui selepas perlawanan tetap kekal positif dengan keputusan pada perlawanan ini dan percaya kesemua rakan sepasukannya telah memberikan aksi cemerlang menentang pasukan Johor Darul Ta’zim.

“Yang positifnya (pada perlawanan ini) kita bermain dengan empat pertahanan tempatan dan masih boleh bersaing serta bertahan dengan baik.

“Cara mereka (JDT) menjaringkan gol juga bukanlah dari corak permainan (tetapi) melalui situasi bola mati dan sepakan penalti sahaja, mungkin kita kena kurangkan kecuaian di (bahagian) bawah”, tegas bekas pemain Skuad Projek FAM-MSN itu.

Advertisements

Mengenai kecederaan yang dialami beliau sehingga memaksanya diusung keluar, beliau masih tidak pasti mengenai kecederaannya itu dan perlu diberi pemantauan rapi di hospital agar tahap kecederaannya itu dapat diketahui.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan malam itu pula, pemain terbaik perlawanan akhir Piala MFL 2023 itu mengakui bahawa kekalahan itu bukanlah keputusan yang baik buat mereka dan beliau merasakan keseluruhan perlawanan berlangsung secara adil dan tiada apa yang perlu dipertikaikan.

Ubaidullah Shamsul merupakan antara ‘ubi muda’ yang sedang meningkat naik dan aksi mantap yang dipamerkan anak muda berusia 20 tahun ini berjaya memikat hati jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner untuk menurunkan beliau sebagai kesebelasan utama pada aksi final Piala Malaysia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram