“Sebelum Nak Ke Eropah, Main Di Jepun Dulu” – Teerasil Dangda
Asia
Advertisements

Teerasil Dangda yang kini telah mencapai umur 31 tahun mendedahkan mengapa beliau sanggup ke Jepun semula walaupun usianya sudah lanjut.

Teerasil sebelum ini menandatangi kontrak bersama kelab devisyen 1 Jepun, Shimizu S-Pulse daripada Mounthong United mendedahkan pentingnya untuk beliau terus beraksi di Jepun.

(Beliau kini telah kembali beraksi di Thailand bersama BG Phantum United)

Advertisements

“Dengan bermain di Jepun, saya boleh mengasah skil dan menjadi pemain yang baik. Jika anda ingin bermain di Eropah, anda perlu bermain di Liga terbaik Asia terlebih dahulu.”

Teerasil yang pernah digelakkan oleh peminat bola sepak Malaysia sebagai “perlahan” dan “tua” juga menyatakan bahawa dengan tindakannya ini, ia akan membuka mata kelab di Jepun agar mengambil lebih banyak pemain Thailand.

“Jika saya boleh bermain di sini, oleh itu ia membuka ruang untuk pemain Thai yang lain berpindah ke Jepun. Dari sinilah mereka akan memperoleh peluang untuk ke Eropah”

Advertisements

Sikap dan pemikiran Teerasil wajar dipuji dan pemain Malaysia juga sebaiknya mencuba beraksi di Jepun terlebih dahulu sebelum memikirkan perancangan untuk ke eropah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram