Sebenarnya Negeri Sembilan Tak Sengaja Tewaskan Selangor
Dunia
MFL
Advertisements

Kemenangan 3-2 Negeri Sembilan FC (NSFC) ke atas Selangor FC dalam aksi Liga Super semalam ternyata mengejutkan ramai pihak apatah lagi Selangor telah berada dua gol dihadapan sebelum bermulanya separuh masa kedua.

Pengendali Negeri Sembilan, K.Devan nyata sekali berbangga dengan semangat juang yang dipamerkan anak-anak buahnya selepas bangkit untuk menewaskan Selangor yang belum pernah tewas lagi di gelanggang mereka sendiri musim ini.

Dalam masa yang sama, Devan mendedahkan bahawa kemenangan bukanlah sasaran Negeri Sembilan dalam aksi menentang Selangor semalam. Mereka hanya mensasarkan untuk mencuri satu mata sahaja dari Stadium MBPJ.

Advertisements

“Kita (Negeri Sembilan) datang ke sini untuk dapatkan satu mata (seri). Kita tahu ianya bukanlah perlawanan yang mudah. Kami datang ke sini, kami tidak mahu tewas,” jelas Devan dalam sidang media selepas perlawanan.

“Semestinya ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama merupakan satu ujian besar buat kami. Tetapi untuk separuh masa kedua, kami bermula dengan sangat baik. Kami berjuang sehingga 90 minit permainan. Semangat juang berpasukan yang membantu kami untuk menang.

Devan turut memberitahu bahawa corak permainan Selangor yang perlahan pada separuh masa kedua sedikit sebanyak membolehkan mereka menyerang dan menjadi pasukan yang lebih baik berbanding Selangor.

Advertisements

“Separuh masa pertama, Selangor merupakan pasukan yang jauh lebih baik. Untuk separuh masa kedua, mereka perlahankan rentak permainan selepas mendahului 2-0. Ianya sekaligus memperlihatkan pasukan kami lebih baik berbanding mereka,” luah Devan kepada HM.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram