Advertisement
Sedih Lihat Nasib Ratchaburi
Asia Tenggara
MakanBola
Ratchaburi FC

Persembahan pasukan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC telah menimbulkan kegusaran tatkala mereka kelihatan seperti tidak mendapat rentak yang diharapkan.

Paiskan yang diwakili oleh kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid kelihatan berdepan situasi sukar terutamanya dalam aksi liga ketika ini.

Sungguhpun berjaya melangkah ke separuh akhir aksi Thai League Cup baru-baru ini, ia tidak cukup untuk membuktikan bahawa pasukan ini sedang berdepan krisis konsistensi di atas padang.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan The Dragons ini tewas lagi berdepan dengan pasukan kedua tercorot liga, Lampang FC semalam dengan keputusan 1-0.

Berdasarkan rekod, anak didik Xavi Moro hanya berjaya mencatatkan satu sahaja kemenangan dalam 6 aksi terakhir liga.

Bukan itu sahaja, jentera serangan Ratchaburi jelas tidak mendapat sentuhan yang diharapkan bertitik tolak daripada ketumpulan jentera serangan.

Ratchaburi hanya berjaya menjaringkan 5 gol dalam 8 aksi terakhir dan telah pun dibolosi sebanyak 8 gol juga.

Prestasi semasa ini sudah tentu mahu dilupakan tatkala mereka selangkah ke pentas akhir Thai League Cup dan berpeluang merangkul trofi buat pasukan.

Safawi Rasid juga sudah tentu mahu mencetak gol pertama di Thailand selepas beraksi dalam hampir kesemua perlawanan di sana.