Ads
TV
Liga Expansion

Aksi divisyen dua Mexico membabitlan Alebrijes de Oaxaca dan Dorados de Sinaloa beberapa hari lepas kecoh gara-gara kerenah seekor anjing.

Advertisements

Akhbar Marca melaporkan tatkala perlawanan memasuki minit-minit akhir, seekor anjing tiba-tiba muncul dan masuk ke padang.

Advertisements

Penjaga gol kemudiannya melemparkan bola ke arah anjing tersebut dengan harapan ia akan keluar dari padang. Bagaimanapun, anjing itu kemudiannya menggigit bola berkenaan sebelum berlari atas padang.

Advertisements

Advertisements

Pengawal keselamatan dan pemain kedua-dua pasukan cuba menangkap anjing berkenaan tetapi gagal. Menariknya, setiap kali anjing itu melepaskan diri daripada percubaan menangkapnya, penyokong bersorak dan menjerit ‘Ole’.

Pada akhirnya, seorang staf Oaxaca membawa sebiji bola untuk mengumpan anjing berkenaan keluar. Sebaik nampak bola umpan tersebut, anjing itu melepaskan bola perlawanan dan segera berlari ke bilik persalinan.

Advertisements

Walaupun tiada pengumuman tentang nasib anjing berkenaan, satu ciapan Oaxaca di X memberi petunjuk bahawa ia akan dijadikan sebagai maskot pasukan.

Advertisements

Insiden melucukan itu menambah warna kepada kemenangan besar 4-0 Oaxaca ke atas Dorados.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram