Advertisement
Sejarah Baharu JDT Dalam Malaysia Book Of Records
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melakar rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.

Ini kerana Harimau Selatan merekodkan 29 kemenangan berturut-turut di tempat sendiri dalam Liga Super sejak 24 Jun 2022.

Rekod ini sekaligus memadamkan rekod 28 kemenangan yang dilakar JDT pada 13 Julai 2019. Rekod baru ini dicapai apabila Harimau Selatan menewaskan Sabah FC 4-0 pada 11 Januari lalu.

Selepas diikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, jentera serangan JDT mengganas pada separuh masa kedua.

Juan Muniz dan Bergson da Silva masing-masing menyumbat dua gol untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik juara Liga Super 10 kali itu.

Rekod baru ini dijangka menyemarakkan semangat Harimau Selatan menjelang aksi separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia menentang Terengganu FC pada 17 Januari ini.

Aksi ini juga disifatkan ulangan final kejohanan edisi 2023. Ini kerana kedua-dua pasukan berentap di pentas final edisi berkenaan dengan JDT muncul juara.