Selamat Maju Jaya Tan – Ong Kim Swee
Asia Tenggara
oks_rhinos
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee mengucapkan selamat maju jaya kepada pengendali baru Police Tero FC, Tan Cheng Hoe.

Tan Cheng Hoe membuat keputusan untuk meninggalkan Selangor selepas menerima tawaran sebagai ketua jurulatih daripada kelab di Liga Thailand, Police Tero. Perpindahan TCH ke Police Tero telah mendapat perhatian daripada rakan seperjuangannya, Ong Kim Swee.

Ong Kim Swee dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya hari ini menzahirkan rasa teruja dan bangga atas pelantikkan tersebut.

Advertisements

Pengendali berusia 53 tahun itu gembira melihat bakat jurulatih tempatan kini diberi perhatian. Menurut OKS, kualiti dan kredibiliti jurulatih Malaysia kini diiktiraf beberapa kelab di luar negara.

“Sekalung tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas pelantikannya sebagai ketua jurulatih Police Tero di Liga Thailand.”

Advertisements

“Seronok melihat jurulatih Malaysia diiktiraf atas kualiti dan kredibilitinya di liga luar negara. Selamat maju jaya Tan, tulis Ong Kim Swee.

Ong Kim Swee dijangka akan terus berkhidmat buat Sabah dalam saingan Liga Malaysia musim ini yang bakal membuka tirai pada bulan Mei kelak.

Advertisements

Tan Cheng Hoe pula dalam misi menyelamatkan pasukan Police Tero dari tersingkir kerana pasukan itu kini berada di kedudukan ketiga tercorot dalam liga. Berbaki 11 perlawanan lagi, ia akan menjadi tugas penting Tan Cheng Hoe untuk memastikan pasukan itu kekal di saingan Liga 1 Thai musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram