Selamat Tinggal Brad Maloney?
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Brad Maloney dijangka akan dipecat dalam waktu terdekat walaupun kontrak pengendali dari Australia hanya akan tamat pada Disember 2023.

Perkara ini disahkan oleh satu sumber yang mengatakan kontrak Maloney hampir pasti ditamatkan susulan prestasi kurang memuaskan skuad bawah 23 tahun dalam pertandingan yang disertai.

“Jika diikutkan, memang Maloney akan diganti dengan jurulatih baharu dan pengumuman rasmi berkaitan perkara itu akan dilakukan pada 13 Julai ini.

Advertisements

“Sudah pasti prestasi kurang memuaskan pada perlawanan terdahulu menyebabkan beliau diganti selain mahu pastikan prestasi skuad B-23 sama seperti pasukan senior,” kata sumber tersebut kepada Arena Metro.

Sebelum ini khabar angin bertiup kencang yang mengatakan skuad bawah 23 tahun negara akan dilatih oleh pembantu jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente. Namun sehingga kini masih tiada kepastian mengenai perkara tersebut.

Nama Pau Marti menjadi sebutan untuk mengendalikan skuad muda negara kerana jurulatih dari Sepanyol itu pernah membimbing skuad muda Barcelona selain lebih memahami corak permainan yang dipraktikkan oleh Kim Pan-gon untuk skuad senior kebangsaan.

Advertisements

Untukrekod, skuad B-23 negara kalah pada semua perlawanan peringkat kumpulan di kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan, baru-baru ini. Sebelum itu, skuad muda negara itu gagal menampilkan aksi cemerlang selepas pulang dari Sukan Sea Hanoi tanpa sebarang pingat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram