Ads
Selamat Tinggal Terengganu
Transfer
Terengganu FC

Pemain sayap Terengganu FC, Hakimi Abdullah mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan itu.

Advertisements

Keputusan itu dinyatakan pemain sayap berusia 24 tahun itu menerusi satu kenyataan di Instagram Story miliknya.

Advertisements

Meskipun mengakui keputusan tersebut bukan mudah untuk dilakukan, Hakimi merasakan ini perlu demi meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional. Perkara ini turut disahkan ejennya, Joe Berbatov.

Advertisements
Advertisements

“Kali terakhir berada dalam skuad. Selamat tinggal TFC (Terengganu FC). Ada rezeki jumpa lagi,” katanya.

Hakimi merupakan sebahagian daripada pemain simpanan Terengganu yang tersenarai untuk aksi Kumpulan A Shopee Cup dengan Preah Khan Reach Svay Rieng pada 21 Ogos lalu.

Advertisements

Sepanjang empat tahun bersama Peteh, Hakimi telah merekodkan 50 penampilan, 10 gol dan empat bantuan gol mengikut data Transfermarkt.

Walau bagaimanapun, beliau tidak merekodkan sebarang penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/25. Ini disebabkan Hakimi menghadapi persaingan sengit untuk merebut slot pemain sayap.

Pemain sayap berusia 24 tahun itu bukan saja menghadapi saingan dua bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid. Malah, Hakimi juga bersaing dengan Nor Hakim Hassan, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim dan Syafik Ismail.

Advertisements

Sebaik berita ini diketahui, ramai kenalan dan rakan termasuk rakan sepasukan Peteh mengucapkan selamat berjaya kepada beliau. Antara yang berbuat demikian ialah Safwan Mazlan, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Ubaidullah Shamsul Fazili.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram