Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC memberi tekanan hebat kepada dua kelab besar Korea Selatan.
Skuad kendalian Nidzam Jamil mempamerkan persembahan cemerlang apabila menundukkan Kuching City untuk mara ke pentas separuh akhir Piala FA 2024.
Prestasi yang dibawa dalam Liga Super juga amat baik apabila merekodkan tiga kemenangan dalam empat aksi awal.
The Red Giants terus mempamerkan aksi memukau untuk mengukuhkan perjalanan ke Asia dengan memperbaiki kedudukan semasa.
Berdasarkan kemas kini oleh laman Opta Analyst, Selangor kini menghuni tangga ke-140 di Asia dan menjadikan Gergasi Merah sebagai pasukan ke-2 terbaik Malaysia.
Kedudukan Selangor dalam ranking kelab dunia bagaimanapun sedikit menurun apabila kini berada pada tangga ke-1431.
Selangor kini menghampiri kedudukan dua kelab Korea Selatan iaitu Suwon Bluewings dan juga Busan I Park (K2 League).
Kelab nombor satu Malaysia kekal menjadi miliki Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini menghuni tangga ke-16 di Asia.

Selangor bakal menjadi wakil tunggal Malaysia dalam kancah Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dan bakal berdepan cabaran hebat wakil Korea dan Jepun.