Peningkatan yang ditunjukkan oleh Selangor FC menjadikan kedudukan pasukan itu menghampiri jaguh Liga Thailand, BG Pathum United.
The Red Giants menamatkan saingan di tempat kedua Liga Super 2023 sekaligus menyaksikan pasukan berjaya melangkah ke pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) tahun ini.
Selangor akan mengiringi satu lagi wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi di pentas tertinggi Asia, Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Menerusi kemas kini oleh laman Opta Analyst, anak disi Tan Cheng Hoe kini menghuni tangga ke-147 di Asia dengan 65.1 mata.
Kedudukan ini menjadikan Selangor berjaya menghampiri sebuah pasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United yang menghuni tangga ke-136 Asia dengan 65.7 mata.
Ketika ini, nilai pasaran Selangor telah meningkat kepada 6.38 Juta Euro (RM32.8 Juta) dan mengatasi nilai beberapa kelab ternama Thailand seperti Muangthong United (RM27.57 Juta) menurut laman Transfermarkt.
Persiapan musim baharu juga berlangsung baik apabila membawa masuk beberapa watak penting seperti Alvin Fortes, Ronnie Fernandez, Emirbek Eshmurodov dan perancang tengah negara, Nooa Laine.

Selangor juga mengesahkan akan ke luar negara bagi menjalani persiapan pra-musim selain membantu persiapan para pemain bawah 23 tahun negara ke Qatar, April ini.