Liga Super
MFL
Advertisements

Selangor FC berpeluang membalas dendam atas penyingkiran mereka dari Piala Malaysia di tangan Terengganu FC tempoh hari. Ini kerana kedua-dua pasukan bakal bertemu lagi dalam aksi Liga Super pada 29 September depan.

Advertisements

Selangor telah tersingkir daripada Piala Malaysia selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Terengganu. Kini, mereka hanya bergantung harap untuk mendapatkan tempat kedua Liga Super bagi mencerahkan peluang ke pentas Asia musim depan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super adalah pada 18 April yang lalu di mana menyaksikan Selangor sebagai tuan rumah berjaya menewaskan Terengganu dengan keputusan 5-1.

Advertisements

Umum mengetahui, skuad Terengganu kini sudah berlainan wajah walaupun mengekalkan jurulatih yang sama, Tomislav Steinbruckner. Namun begitu, penambahan beberapa pemain baru ke dalam skuad utama nyata memberikan kelainan kepada corak permainan ‘Sang Penyu’.

Terengganu kini dalam momentum untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan sejak awal Julai yang lalu. Kali terakhir mereka ditewaskan adalah pada 9 Jun di mana mereka tewas 1-3 kepada pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

Perlawanan Terengganu dan Selangor pada 29 September ini akan dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada jam 9 malam. Selangor kini berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 49 mata.

Kedudukan itu masih belum selamat buat Selangor kerana diekori rapat oleh pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang mengumpul 44 mata namun masih kekurangan satu perlawanan berbanding Selangor.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram