Ads
Selangor Komited Pelihara Kebajikan Faisal Halim
Liga Super
Selangor FC

Pengurusan Selangor FC tetap komited menjaga kebajikan pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim sehingga kontraknya berakhir pada 2027.

Advertisements

Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Teknikal Merah Kuning, Datuk Seri Shahril Mokhtar apabila ditanya tentang hal itu semalam.

Advertisements

Selepas Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali pada awal Mei lepas, Selangor banyak membantu pemain berusia 26 tahun itu bukan saja dari segi rawatan dan pemulihan.

Advertisements
Advertisements

Malah, pengurusan Merah Kuning memastikan Faisal dan keluarganya mendapat kawalan keselamatan serta privasi semasa mengharungi proses pemulihan.

Shahril melihat ini tanggungjawab Selangor sebagai majikan untuk menjaga kebajikan semua yang berada di bawah tanggungjawab mereka terutama pemain seperti Faisal.

Advertisements

“Kontrak Mickey (nama panggilan Faisal) bersama pasukan hingga 2027. Tapi kita kelab yang diuruskan secara profesional. Macam saya sebut pada awal tadi, tanggungjawab kelab sebagai majikan ialah menjaga kebajikan pekerja.

“Mickey salah seorang daripada pekerja. Bagi saya, sesiapapun kena keadaan macam ini, rawatan mesti diberi, pertama. Yang kedua, itu balik semula kepada prestasi. Sekarang dan ketika ini, kita beri sokongan kepada Mickey (dari segi) mental (dan) kewangan untuk Mickey kembali beraksi.

“Bila dia boleh beraksi, Wallahualam, kita berserah kepada Allah Taala. Tapi saya yakin dengan semangat yang ditampilkan Mickey, keyakinan yang ditampilkan Mickey, saya rasa tak mustahil Mickey akan kembali. Itu kenyataan saya,” katanya dalam sidang media khas Faisal yang diadakan semalam.

Advertisements

Meskipun perlu mengharungi proses pemulihan yang sukar, Faisal menyimpan harapan untuk kembali beraksi di atas padang dalam tempoh sebulan atau lebih.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram