Selangor Minta FAM Siasat Mutu Pengadilan
Piala Malaysia
Selangor FC
Advertisements

Selangor FC telah mengeluarkan satu kenyataan untuk meminta pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat mutu pengadilan di Piala Malaysia.

Aksi antara Selangor dan Terengganu itu berlangsung sengit sebelum kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat untuk ke separuh akhir.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa insiden hangat dalam dan luar padang yang telah mencemarkan aksi tersebut.

Advertisements

Pihak Selangor mengambil maklum dengan perkara yang tular tersebut dan tidak bersetuju dengan tindakan luar kawalan yang berlaku.

“Pihak Kelab mengambil maklum berkenaan insiden-insiden yang berlaku sekitar perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2023 diantara Selangor FC dan Terengganu FC pada 24.09.2023 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya baru-baru ini.”

Kelab Bola Sepak Selangor menentang sekeras-kerasnya sebarang bentuk tindakan yang tidak menghormati semangat kesukanan oleh mana-mana pihak.”

Advertisements

“Pihak Kelab sedang meneliti dan menjalankan siasatan dalaman berkenaan insiden-insiden tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi sebarang siasatan.”

The Red Giants juga mahu satu siasatan dilakukan terhadap mutu pengadilan perlawanan tersebut.

“Selain itu, pihak kelab percaya bahawa sebarang penjelasan perlu melalui saluran yang bersesuaian dan sebuah laporan mengenai mutu pengadilan perlawanan tersebut juga akan dikemukakan kepada FAM untuk pertimbangan yang sewajarnya.”

Advertisements

“Pihak Kelab akan mengumumkan tindakan lanjut berdasarkan hasil siasatan yang telah dijalankan dalam masa terdekat,” jelas Selangor dalam satu kenyataan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram