Advertising
Selangor Mohon Tunda Aksi Piala Sumbangsih
MakanBola
Selangor FC

Aksi Piala Sumbangsih musim 2024/25 antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) yang akan berlangsung pada Jumaat ini berpotensi ditunda.

Selangor diuji dengan pelbagai cabaran termasuk kehilangan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan semasa kempen pra-musim 2024/25.

Ad

Situasi ini tidak dibantu dengan insiden menyedihkan yang menimpa bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.

Ad

Dan hari ini, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mendedahkan pengurusan Merah Kuning telah membuat permohonan menunda tarikh Piala Sumbangsih kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Permohonan ini dibuat tiga hari sebelum perlawanan antara dua pasukan gergasi tanah air itu diadakan.

Ad

“Berbaki tiga hari sebelum liga membuka tirai, Selangor FC mohon tunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih 2024.

Ad

“Perbincangan sedang berlaku di antara pihak SFC dan Pengerusi MFL, Datuk Ghani Hassan (untuk) perhalusi permintaan tunda perlawanan daripada Selangor FC,” katanya di X hari ini.

Ad

Sebelum ini, pengurusan Merah Kuning dilaporkan menimbang semua pilihan yang ada termasuk menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih.

Selangor kemudiannya memaklumkan mereka bersedia memenuhi komitmen perlawanan menentang JDT pada Jumaat ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengurusan Selangor telah meningkatkan kawalan keselamatan kepada semua pemain dan pegawai.

Ini selepas beberapa insiden ugutan dilaporkan termasuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon.

Merah Kuning bakal turun menentang Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Jumaat ini.