Liga Super

Selangor Tak Mahu Tarik Diri Berdepan JDT

Faisal Matt Selangor JDT JST Selangor Tak Mahu Tarik Diri Berdepan JDT
Johor Southern Tigers
Advertisements

Naib Juara Liga Super 2023, Selangor FC mengekalkan pendirian untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih.

Skuad Gergasi Merah berdepan cabaran hebat selepas kehilangan beberapa tonggak utama susulan kecederaan aksi pra-musim.

Keadaan ini diburukkan lagi apabil insiden menyayat hati berlaku kepada pemain sayap pasukan, Faisal Halim yang diserang individu misteri dengan cecair yang dipercayai asid.

Pasukan Lembah Klang itu telah mengambil langkah berjaga-jaga selepas beberapa insiden ugutan termasuklah yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan, Dr. Johan Kamal Hamidon.

Menerusi laporan terbaru oleh wartawan Astro Arena iaitu Fina Nasrom, beliau memberitahu bahawa Selangor bercadang untuk meningkatkan kawalan terhadap pasukan.

“Selangor FC dalam perbincangan untuk mendapatkan sokongan dari semua pihak khusus faktor keselamatan pemain, jurulatih dan pasukan ketika saingan Piala Sumbangsih.

Anak didik Nidzam Jamil juga tidak bercadang untuk menarik diri bagi aksi yang dijadualkan berlangsung 10 Mei ini.

“Usul tarik diri tiada dalam perbincangan,” jelas Fina Nasrom di laman X.

Aksi JDT dan Selangor dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 9 malam.