Selangor berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pertama saingan Liga Super 2021 apabila berjaya membenam Sri Pahang 3-1 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.
Serangan bertali arus Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila Oliver Buff berjaya menjaringkan gol dari luar kotak penalti Sri Pahang pada minit ke-46 separuh masa pertama perlawanan.
TAMAT PERLAWANAN!
— Selangor FC (@selangorfc) March 6, 2021
Malam ini 3 mata!
Hasil jaringan daripada Oliver Buff & Shahrel Fikri.
FT'
SEL 3-1 SPFC #SELSPFC #LigaSuper2021 pic.twitter.com/MuPGKk4LIK
Bersambung babak kedua perlawanan kedua-duakan pasukan kelihatan seimbang namun pemain Selangor kelihatan lebih selesa memegang bola.
Read also:
Selangor menambah derita buat pasukan Sri Pahang apabila Shahrel Fikri berjaya menanduk masuk bola sepakan sudut dalam situasi kelam kabut di depan gawang Sri Pahang.
Sri Pahang yang mula tertekan melakukan serangan balas bertali arus akhirnya membuahkan hasil apabila Azam Azih berjaya menyepak masuk bola sepakan percuma pada minit ke-70.
Selangor yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bertahan sebaliknya meneruskan serangan dan akhirnya Oliver Buff menggadakan jaringannya menerusi sepakan deras pada minit ke-93 hasil kealpaan pertahanan Sri Pahang.
Perlawanan tamat dengan keputusan 3-1 memihak pasukan Selangor.