Selangor ‘Punca’ Harga 3 Bintang Harimau Malaya Makin Mahal
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC menjadikan pemain yang beraksi buat pasukannya lebih baik apabila tiga orang pemain menunjukkan peningkatan mendadak dari sudut nilai pasarannya.

Finalis Piala Malaysia 2022 itu memulakan kempen Liga Super dengan cukup baik dan kini menghuni tangga kedua selepas 19 perlawanan.

Ad
Sponsors

The Red Giants juga dalam posisi terbaik untuk membaiki rekod apabila kini berpeluang untuk layak ke pentas Piala AFC musim hadapan.

Ad

Konsistensi Selangor telah membantu tiga orang pemain pasukan untuk mendapat peningkatan ‘saham’ pada musim ini.

Pemain pertama yang menerima peningkatan dari segi nilai pasaran ialah Faisal Halim.

Ad

Menurut data yang direkodkan oleh laman Transfermarkt, pemain bertubuh kecil ini menjadi pemain Selangor paling ketara dengan peningkatan setinggi 75,000 Euro (RM380 Ribu).

Ad

Sebelum ini, nilai pemain berusia 25 tahun itu ialah 300,000 Euro (RM1.5 Juta) meningkat kepada 375,000 Euro (RM1.9 Juta).

Ad

Pemain kedua menunjukkan peningkatan iaitu perancang tengah muda pasukan, Mukhairi Ajmal.

Nilai pemain berusia 21 tahun itu meningkat sekitar 50,000 Euro (RM252 Ribu) kepada nilai terkini iaitu 275,000 Euro (RM1.4 Juta).

Hal ini bertitik tolak daripada prestasi cemerlangnya di bawah kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe sejak awal musim ini.

Pemain terakhir yang mengalami peningkatan dari segi nilai pasarannya ialah Sharul Nazeem.

Pertahanan kental berusia 23 tahun itu memiliki nilai 225,000 Euro bersamaan dengan RM1.14 Juta.

Nilai pemain ini mencatatkan peningkatan sebesar RM126 Ribu sejak awal musim.

Ketiga-tiga pemain ini merupakan antara bintang pilihan ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk membentuk gandingan terbaik menjelang aksi Piala Asia di Qatar, Januari tahun hadapan.