Selangor Sedia Bangkit Dan Tewaskan KL City Dalam Aksi Timbal-Balik
Piala Malaysia
Bernama
Advertisements

Walaupun tewas dalam perlawanan suku akhir pertama, jurulatih dari Jerman menjelaskan mereka harus menerima kekalahan yang lepas dan beliau berharap para pemain tidak melihat keputusan yang lepas akan tetapi terus pandang ke depan untuk mencipta kemenangan dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia.

Karsten tidak mahu mereka terlalu kecewa dengan prestasi dalam padang yang lepas dan sentiasa positif untuk menentang pasukan di bawah kendalian Bojan esok.

“Kami terpaksa terima kekalahan yang lepas, namun pada masa sama saya tidak mahu mereka terlalu meratapi atau kecewa dengan keputusan itu dan perlu terus pandang ke depan.”

Advertisements

Selangor turut bakal menerima tonik tambahan selepas 3 pemainnya pulang dari kem bawah 23 tahun negara dan bersedia membantu pasukan dalam perlawanan timbal balik ke-2 kelak.

Karsten turut menjelaskan beliau bakal melakukan rombakan dalam kesebelasan utama kerana beliau mementingkan tahap kecergasaan setiap pemainnya pada aksi yang akan membawa mereka melangkah ke separuh akhir.

“Fokus seterusnya sudah tentu aksi suku akhir kedua Khamis ini (esok) yang mana saya akan memantau keadaan pemain mana yang cergas dan sebaliknya kerana mungkin akan ada rombakan dalam kesebelasan utama,” kata pengendali dari Jerman itu.”

Advertisements

Para pemain Selangor FC masih mempunyai peluang selama 90 minit untuk mengubah keputusan yang lepas dan dengan semangat juang yang tinggi, mereka bakal memberi tentangan yang sengit dalam saingan yang berprestij ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram