Selangor FC sedia membuka jalan baharu buat penjaga gol muda berbakat mereka, Sikh Izhan ke Negeri Sembilan bagi saingan musim baharu.
Pemain berusia 22 tahun ini masih tidak dapag menembusi kesebelasan utama The Red Giants setelah berada hampir dua musim di sana.
Beliau sebelum ini lebih banyak beraksi buat pasukan Selangor II dan beraksi dengan cukup baik setiap kali diturunkan
Bekas penjaga gol bawah 17 tahun negara ini bagaimanapun dikatakan bakal memperkuatkan pasukan Negeri Sembilan bagi saingan Liga Super 2023.
Menerusi satu kenyataan oleh wartawan, T. Avineshwaran, Sikh Izhan sedang diintai oleh K. Devan yang mahu mendapatkan khidmatnya.
Hal ini susulan pemergian penjaga gol utama mereka, Ahmad Syihan Hazmi yang bakal meninggalkan pasukan musim hadapan.
Negeri Sembilan juga sudah tentu mahu memperkuatkan pasukan menjelang saingan musim baharu kelak.