Ads
Selangor & SVG Worldwide Perkenal Koleksi Baju Unik
Bisnes
Selangor FC

Kelab gergasi Lembah Klang, Selangor FC tampil memperkenalkan koleksi pakaian unik hasil kolaborasi bersama jenama gergasi pakaian tempatan, SVG Worldwide.

Advertisements

SVG pada asalnya bermula sebagai perniagaan menjual pakaian bundle di platform Instagram seperti yang dikongsikan pengasas jenama berkenaan, Ashraf Anuar.

Advertisements

Malah, nama SVG itu sendiri merupakan singkatan kepada jenama Savage Store yang digunakan beliau semasa memulakan perniagaan itu.

Advertisements
Advertisements

“Cerita mudahnya, masa aku mula jual bundle, kan aku sudah jual jaket Adidas itu kan. Dan kemudian benda itu menguntungkan aku. Bermula daripada itu, aku rasa macam, ‘OK, aku nak jadi penjual bundle.’

“Malam itu jugalah, aku cuba terus buka akaun Instagram bundle. Sebab aku rasa platform yang sesuai untuk menjual (barang) ketika itu adalah Instagramlah. Kau rasa memang OK tapi yang paling laju dan paling betul-betul adalah dekat Instagram.

Advertisements

“Yalah, masa itu kau umur 17 tahun nak masuk 18 (tahun), kau tak pernah terfikir apa nama yang paling menarik nak letak. Aku letak kejap sajalah, aku letak nama Savage Store.

“Sebab masa itu adik aku tengah main ML (Mobile Legend), tiba-tiba kau dengar bunyi servis. Masa itu, kalau orang ikut aku lama kan, dia letak akar nama servis Instagram aku adalah servis bundle,” katanya bila ditemubual oleh akaun TikTok, Youcasttt.

Meskipun berdepan cabaran termasuk akaun Instagram dimatikan, SVG terus melangkah ke hadapan dan telah berjaya menjual lebih 50,000 produk.

Ini membawa kepada kolaborasi antara Selangor dan SVG menerusi penghasilan koleksi pakaian unik yang dipanggil Mile Collection 24.

Menariknya, SVG turut menampilkan dua pemain Selangor iaitu Samuel Somerville dan Nooa Laine, pelakon Tisya Ong dan Ashraf sebagai model koleksi berkenaan.

Advertisements

Mile Collection 24 bakal dilancarkan pada 8 Jun ini dengan penjualan dalam talian bakal bermula sehari selepas itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram