Selepas 5 Jam Perbincangan, Pemecatan Ole Bakal Diumumkan
EPL
Getty Images
Advertisements

Kekalahan memalukan Manchester United ke atas Watford awal pagi tadi menjadi kemuncak terhadap sentimen pemecatan Ole Gunnar Solskjær.

Seperti yang dilaporkan oleh Fabrizio Romano, perbincangan oleh ahli lembaga pengarah Manchester United mencapai kata putus untuk menamatkan kontrak jurulatih berusia 48 tahun tersebut.

“Ahli Lembaga Pengarah Manchester United telah membuat keputusan untuk memecat Ole selepas 5 jam perbincangan, disahkan.”

Advertisements

“Apabila Joel Glazer mempersetujui cadangan ini, ianya akan disahkan dan diumumkan oleh Manchester United.” Jelas Fabrizio.

Ole sebelum ini menerima tekanan hebat dan KPI baru berikutan prestasi buruk Manchester United dalam 9 aksi terakhir Liga Perdana Inggeris disamping berlaku beberapa pertelingkahan di antara pemain Manchester United itu sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram