Selepas Ryuji Sato, Kini Jumpei Iida Jadi Sasaran
Asia Tenggara
J.League / Socolive
Advertisements

Entah di mana silapnya, pasti ada yang tidak kena apabila perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia ketika bertemu Vietnam. Lebih-lebih lagi apabila perlawanan tersebut diadili pengadil dari negara Jepun yang dilihat berat sebelah kepada pasukan Vietnam.

Umum mengetahui, Malaysia sudah tersingkir daripada temasya Sukan Sea 2023 Kemboja selepas tewas 1-2 kepada Vietnam semalam. Namun tumpuan lebih terarah kepada pengadil dari Jepun, Jumpei Iida yang mempersembahkan mutu pengadilan berat sebelah.

Selain dua kad merah yang dilayangkan kepada pasukan Malaysia, beberapa insiden lain termasuk gol pertama Vietnam hasil sepakan penalti juga dikira walaupun terdapat rempuhan yang keras daripada pemain Vietnam.

Advertisements

Jumpei yang merupakan Pengadil Terbaik Jepun 2021 juga melayangkan kad kuning kepada Ubaidullah Shamsul selepas pemain muda negara itu menepuk tangan di hadapannya selepas wisel penamat ditiupkan.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Malaysia menjadi mangsa kepada pengadil dari Jepun kerana pada Kejohanan Piala AFF Disember lalu, Ryuji Sato juga telah membuat beberapa keputusan tak masuk akal hingga menyebabkan Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam.

Ryuji Sato menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam dan melayangkan kad merah kepada Azam Azmi Murad yang sehingga kini masih menjadi misteri mengapa kad tersebut dilayangkan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram