Advertising
“Semangat Bola Sepak Di Malaysia Amat Hebat” – Kim Pan-gon
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola

Semangat yang ditunjukkan penyokong bola sepak di Malaysia skuad kebangsaan amat mengagumkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Malah, semangat penyokong terutama Ultras Malaya menjadi sebab jurulatih Korea Selatan itu menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi jurulatih skuad senior negara.

Pan-gon mengakui aura yang ditonjolkan Ultras Malaya memberi semangat kepada Harimau Malaya setiap kali beraksi di atas padang.

Ad

Aura ini mengagumkan Pan-gon semasa membawa Hong Kong ke Malaysia untuk dua aksi antarabangsa pada 2015 dan 2017.

Ad

Biarpun kedua-dua perlawanan masing-masing berakhir dengan keputusan seri 0-0 dan 1-1, Harimau Malaya tetap bersemangat kerana diiringi sokongan padu penyokong tempatan.

Ad
Ad

“Di Malaysia, mereka fikir itu normal kalau 80,000 orang menghadiri final pertandingan piala mereka! Semangat bola sepak di Malaysia amat hebat sehingga penyokong gagal mendapatkan tiket perlawanan.

Ad

“Dari segi hal berkenaan, apa yang menarik minat saya ialah kumpulan penyokong skuad negara, Ultras Malaya. Saya pernah datang ke Malaysia sebagai jurulatih Hong Kong untuk dua perlawanan.

“Dalam dua perlawanan itu, saya kagum dengan penyokong Malaysia. Melihat Ultras Malaya memberi sokongan kepada pasukan mereka memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi jurulatih kepada pasukan yang mendapat sokongan sebegitu.

“Bila saya ditawarkan kerja (sebagai jurulatih Harimau Malaya) di sini, perkara pertama terlintas dalam kepala saya ialah mencuba sekali lagi sebagai jurulatih daripada menjadi pentadbir. Kedua, saya amat teringin merasai sokongan penyokong (termasuk Ultras Malaya),” katanya kepada FIFAPlus.

Pan-gon kini sibuk merangka persiapan Harimau Malaya untuk kempen Piala Asia 2023.

Skuad negara bakal bertolak ke Qatar pada 1 Januari 2024 bagi membantu proses adaptasi awal di negara tuan rumah kejohanan itu.

Selepas menentang Syria untuk aksi persahabatan pada 8 Januari 2024, Harimau Malaya memulakan kempen Piala Asia 2023 dalam Kumpulan E dengan menentang Jordan. Perlawanan itu bakal berlangsung pada awal pagi 16 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub.