Semua Hasil Jualan Tiket Lawan JDT Disumbang Kepada Keluarga Mendiang Rajesh
Piala Malaysia
PJ City FC
Advertisements

Sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan besar mendiang P.Rajesh sepanjang lima tahun bersama PJ City, kelab itu akan menyumbangkan semua hasil jualan tiket menentang JDT dalam aksi pusingan kedua Piala Malaysia pada Rabu ini kepada keluarga mendiang.

Pengurus pasukan, K.Rajendran berkata ia keputusan pemilik kelab Datuk Vijay Eswaran bagi membantu meringankan beban keluarga mendiang yang kehilangan ketua keluarga.

“Saya berharap penyokong bolasepak, bukan sahaja penyokong PJ City, tetapi penyokong di seluruh Lembah Klang, mahupun penyokong-penyokong JDT dapat membanjiri stadium bagi menyaksikan perlawanan ini, seterusnya sebagai tanda sokongan kepada PJ City untuk membantu waris mendiang.

Advertisements

“Rajesh seorang pemain berdisiplin tinggi dan contoh yang baik kepada pemain muda, pemergiannya satu kehilangan besar. Anaknya bongsunya baru berusia lapan bulan,” ujar Rajendran.

Rajesh, 37 tahun, yang beraksi sebagai pemain pertahanan kanan, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Batu Caves pada 17 Oktober lalu, setelah motosikal dinaikinya hilang kawalan dan terbabas sebelum terlanggar pokok.

Dalam pada itu, Rajendran menganggap peluang mencipta kejutan ke atas JDT tetap seimbang meskipun menyedari skuad juara Liga Super itu dilabel sebagai pilihan mutlak berdasarkan kekuatan dan reputasi.

Advertisements

Menurutnya, ketika menentang JDT di laman sendiri dalam aksi Liga Super, PJ City berjaya untuk mencatat keputusan seri dan berharap aksi berani dan bertenaga yang sama itu dapat diulangi.

“Saya yakin dan percaya semua pemain pasukan PJ City sudah bersedia untuk memberikan cabaran dan persembahan terbaik pada aksi pertama, di laman sendiri, Rabu ini.

“Walaupun sedar akan tugas berat yang bakal dihadapi pemain, dengan mengambil kira rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi liga sebelum ini yang dilihat memberangsangkan, bukan mustahil, kami mampu mencipta kejutan ke atas JDT.

Advertisements

“Pemain-pemain utama kita juga berada pada tahap terbaik dan bebas kecederaan, bagaimanapun kita perlu pamerkan aksi luar biasa untuk membolehkan keputusan yang baik dapat dicapai kerana seperti kita tahu JDT bukan calang pasukan dan mereka tidak tewas sepanjang aksi liga,” kata Rajendran lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram