“Semua Mahu Tunjukkan Buruknya Ronaldo, Demi Mengejar Publisiti” – Mesut Ozil
Dunia
Mirror Online via Real Madrid CF
Advertisements

Bekas bintang Real Madrid, Mesut Ozil menyelar tindakan media yang berterusan menjaja cerita dan sisi buruk mengenai Cristiano Ronaldo yang disifatkannya sebagai tidak lebih dari mahu mengejar publisiti murahan.

Sejak beberapa bulan lalu, apa sahaja berkaitan Ronaldo, akan menjadi bahan berita dan disensasikan, dengan dia sedaya upaya dipertontonkan kepada orang ramai sebagai seorang yang besar kepala, egoistik dan mempunyai sikap buruk.

Ia telah membawa kepada berakhirnya jodoh bekas pemain terbaik dunia itu dan Manchester United pada bulan lalu.

Advertisements

Kini dia sedang bersama Portugal di Piala Dunia, cerita-cerita sensasi tidak berhenti menghambatnya, waima dia duduk di bangku simpanan pun menjadi isu yang hangat diperkatakan lebih daripada prestasi Portugal itu sendiri.

Ia jelas menjengkelkan Mesut Ozil, yang menganggap nama bekas rakan sepasukannya itu dipergunakan demi kepentingan peribadi.

“Sejujurnya saya tidak betul-betul tidak faham dari mana datangnya laporan negatif berterusan mengenai Cristiano Ronaldo oleh pihak akhbar.

Advertisements

“Media hanya mahu mendapatkan klik dan pengulas bola yang sudah lama bersara hanya mahu cuba meraih perhatian menggunakan nama besarnya dengan menampakkannya sebagai seorang yang teruk.

“Dia akan berusia 38 tahun tak lama lagi, jadi adakah ia mengejutkan jika dia tidak lagi menjaringkan 50 gol semusim? Semua peminat bolasepak di luar sana sepatutnya teruja kerana telah melihat dia bermain bolasepak bertaraf dunia sejak 20 tahun lalu.

“Saya tidak rasa sesiapa dari generasi baru ini akan mampu untuk menyamai apa yang dilakukannya. Dia akan sentiasa berada di dalam kelasnya tersendiri. Setiap daripada kita sewajarnya menunjukkan lebih rasa hormat kepada seorang yang boleh dikatakan atlet terbaik dalam sejarah sukan,” tulis Ozil di facebooknya.

Advertisements

Mesut Ozil dan Ronaldo bermain bersama di Real Madrid selama empat musim dari 2010 – 2013 sebelum Ozil kemudiannya berhijrah ke Arsenal, dan memenangi Piala Dunia bersama Jerman semusim kemudian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram