“Semua Pemain JDT Boleh Jaringkan Gol, Penjaga Gol Saja Belum”
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyokong juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyatakan keyakinan tinggi bahawa pasukan tersebut memiliki kelebihan untuk muncul juara Piala Malaysia kali ini.

Anak buah Esteban Solari berpesta gol dalam aksi separuh akhir berdepan Perak FC dengan prestasi memberangsangkan dalam 5 aksi terakhir menjadi motivasi terbaik buat pasukan tersebut.

Aksi paling berharga bagi musim 2023 adalah pentas final di Bukit Jalil tatkala kedua-dua pasukan memburu trofi berprestij ini.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian oleh penyokong JDT dalam segmen Nindia Bola memaklumkan bahawa beliau yakin dengan kemampuan untuk merangkul trofi itu bagi melengkapkan koleksi pasukan musim 2023.

“Saya menjangkakan bahawa JDT akan menang 2-0 atau 3-0. Di JDT ini semua pemain boleh menjaringkan gol. Kadang pemain yang tidak disangka pun boleh menjaringkan gol.”

Advertisements

“Pertahanan JDT sudah pun menjaringkan gol, cuma penjaga gol sahaja belum,” ujarnya kepada Astro Arena.

Isu ketika ini bagaimanapun hangat diperkatakan mengenai keadaan padang di SNBJ yang masih belum siap sepenuhnya selepas penganjuran konsert Coldplay tempoh hari.

Advertisements

MFL bagaimanapun akan memaklumkan keadaan terkini selepas Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), MFL, Stuart Ramalingam memaklumkan akan turun sendiri untuk melihat keadaan padang terkini.

Aksi final Piala Malaysia 2023 akan berlangsung pada 8 Disember 2023 jam 9 malam di Bukit Jalil.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram