Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yakin projek mengembalikan kegemilangan skuad negara perlu bermula sekarang.
Revolusi skuad negara dijangka bermula tidak lama lagi yang menyaksikan struktur bola sepak Malaysia dengan pengendali Harimau Malaya, Pau Marti akan menamatkan cabaran di ASEAN Championship.
Baginda dalam satu kenyataan melihat bahawa Harimau Malaya memerlukan satu sistem yang sesuai dengan profil pemain skuad negara ketika ini.
“Falsafah yang sesuai dengan pemain yang ada. Beraksi dengan lebih padat, menyerang and bertahan sebagai satu unit. Disiplin sebagai kunci, InsyaAllah boleh.
DYAM Tunku Ismail memaklumkan bahawa dua pemain iaitu Bergon dan Manuel Hidalgo boleh dinaturalisasikan sebagai perancangan buat pasukan negara.
“Bergson boleh dinaturalisasikan sebagai pelan jangka pendek selepas beraksi 5 tahun di Malaysia. Hidalgo juga sebagai pelan jangka panjang dengan pemain lain yg ada.
“Pemain JDT semuanya sudah bersedia. Jurulatih baru dan Pengarah Sukan sedang mengumpul data pemain Malaysia di Liga Super dan luar negara,” katanya.
Baginda juga yakin perkara sebegini tidak mudah namun perlu bermula dari sekarang demi pembangunan jangka panjang pasukan kebangsaan.
“Ini tidak menjadi mudah, ia memerlukan masa tetapi perlu bermuka dari sekarang termasuklah pelan untuk jangka panjang,” ujar DYAM Tunku Ismail dalam satu hantaran di laman X.
Cabaran sebenar Harimau Malaya adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 dengan pasukan negara dijadualkan menentang Vietnam, Nepal dan Laos.