Ini senarai lengkap 24 pasukan yang berjaya mara ke aksi pusingan kalah mati UEFA Champions League (UCL).
Saingan pusingan awal UCL telah pun melabuhkan tirai yang menyaksikan setiap pasukan telah pun mengharungi 8 aksi dengan 4 perlawanan di laman sendiri dan 4 perlawanan di tempat lawan.
Berdasarkan format baharu, 8 pasukan teratas dalam carta kedudukan bakal terus mara ke pusingan 16 terbaik sambil pasukan di tangga ke-9 hingga 24 akan melalui pusingan play-off.
Sementara 16 lagi pasukan dari kedudukan ke-25 hingga ke-36 dalam carta terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat saingan UCL bagi musim ini apabila sah tersingkir.
Ini adalah 8 pasukan yang terus mara ke pusingan 16 terbaik.
1- Liverpool.
2- Barcelona.
3- Arsenal.
4- Inter Milan.
5- Atletico Madrid.
6- Bayern Leverkusen
7- Lille.
8- Aston Villa.
Manakala, ini adalah senarai 16 pasukan yang akan melalui pusingan play-off bagi merebut 8 lagi tempat ke peringkat seterusnya.
1- Atalanta.
2- Borussia Dortmund.
3- Real Madrid.
4- Bayern Munich.
5- AC Milan.
6- PSV.
7- PSG.
8- Benfica.
9- AS Monaco.
10- Brest.
11- Feyenoord.
12- Juventus.
13- Celtic.
14- Man City.
15- Sporting Lisbon.
16- Club Brugge.
Undian bagi pusingan play-off akan dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 31 Januari hadapan bagi menentukan lawan antara 16 kelab