Malaysia bakal berdepan cabaran hebat dalam kempen Piala AFF B-19 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Skuad kendalian Juan Torres memiliki misi besar untuk meraih kejayaan selepas pasukan Malaysia B-16 hanya berpuas hati mengakhiri cabaran pada peringkat kumpulan.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah memanggil 28 pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 bermula Ahad, 7 Julai 2024.
Ujian pertama Malaysia B-16 adalah berdepan Brunei pada Jumaat, 19 Julai 2024 sebelum menghadapi tentangan Singapura selang tiga hari.
Thailand bakal menjadi halangan terakhir buat skusd muda negara pada 25 Julai 2024 di Stadium Gelora Bung Tomo.
Juara kumpulan (3 pasukan) serta 1 naib juara kumpulan terbaik akan layak ke separuh akhir pada Sabtu, 27 Julai 2024, seterusnya aksi penentuan tempat ketiga dan Final akan berlangsung pada Isnin, 29 Julai 2024.
Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Brunei, Singapura dan Thailand sementara tuan rumah, Indonesia dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Filipina dan Timor Leste.
Kumpulan B bakal menyaksikan pertembungan antara Australia, Laos, Myanmar dan Vietnam.
Malaysia merupakan juara bertahan edisi 2022 apabila menundukkan Laos pada aksi final dengan keputusan 2-0.