Ini senarai lengkap negara-negara yang layak ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026.
Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 telah memasuki babak yang mengujakan apabila 32 pasukan terbaik bersaing di peringkat kalah mati supaya merebut tempat ke pusingan 16 terbaik, dalam perjalanan untuk memburu kejuaraan tertinggi dunia.
Pelbagai senario dan momen menarik menjadi sorotan sepanjang pusingan 32 terbaik berlangsung minggu ini yang menyaksikan 16 pasukan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada baki 16 negara yang berjaya lolos ke peringkat seterusnya.
Kejutan turut berlaku apabila juara dunia 4 kali, Jerman tersingkir di tangan Paraguay selain Belanda yang merupakan antara pilihan peminat juga tewas kepada Maghribi dalam aksi penentuan sepakan penalti di pusingan kali ini.
Pasukan tumpuan lain antaranya Argentina, Brazil, Sepanyol dan England menepati ramalan apabila berjaya menyingkirkan tentangan lawan masing-masing sekali gus melangkah penuh gagah sebagai antara 16 negara terbaik pada edisi 2026.
Berikut senarai pasukan-pasukan yang layak ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026.
1- Kanada.
2- Brazil.
3- Paraguay.
4- Maghribi.
5- Norway.
6- Perancis.
7- Mexico.
8- England.
9- Belgium.
10- USA.
11- Sepanyol.
12- Portugal.
13- Switzerland.
14- Mesir.
15- Argentina.
16- Colombia.
Perlawanan pertama di pusingan 16 terbaik ini akan menemukan Kanada dan Maghribi pada awal pagi Ahad, 5 Julai 2026 dengan sepak mula aksi dijadualkan bermula tepat jam 1 pagi waktu tempatan.