Sunderland menjadi pasukan terakhir yang melengkapkan senarai 20 kelab yang akan bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.
Ini selepas kelab Wearside itu menewaskan Sheffield United dalam aksi playoff Liga Kejohanan yang diadakan di Stadium Wembley.
Tyrese Campbell meletakkan The Blades di hadapan pada separuh masa pertama. Eliezer Mayenda dan Tom Watson memastikan kemenangan milik The Black Cats pada separuh masa kedua.
Kejayaan ini menyaksikan Sunderland mengiringi juara dan naib juara Liga Kejohanan, Leeds United dan Burnley. Status mereka sebagai juara dan naib juara liga membolehkan mereka layak secara automatik ke EPL.
Leeds, Burnley dan Sunderland menggantikan tiga pasukan yang tersingkir pada musim 2024/25 iaitu Leicester City, Ipswich Town dan Southampton.
Juara EPL musim ini, Liverpool mengetuai baki 17 pasukan yang akan mengalu-alukan kehadiran The Whites, The Clarets dan The Black Cats untuk kempen musim 2025/26.
Senarai 20 Kelab EPL 2025/26
1. Arsenal
2. AFC Bournemouth
3. Aston Villa
4. Brentford
5. Brighton
6. Chelsea
7. Crystal Palace
8.Everton
9. Fulham
10. Liverpool
11. Manchester City
12. Manchester United
13. Newcastle United
14. Nottingham Forest
15. West Ham
16. Wolverhampton Wanderers
17. Tottenham Hotspur
18. Leeds United
19. Burnley
20. Sunderland