Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa badan induk itu untuk penggal 2025-2029.
Senarai itu diumumkan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Mesyuarat dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Ayub. Mesyuarat turut dihadiri 16 ahli jawatankuasa yang terpilih dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM baru-baru ini.
Joehari turut mengumumkan Datuk Noor Azman Hj. Rahman dan Datuk Haji Ismail Karim masing-masing dikekalkan sebagai Setiausaha Agung FAM dan Bendahari Agung FAM.
A. JAWATANKUASA TETAP
1. Jawatankuasa Darurat
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Yusoff Mahadi
2. Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram
3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Yusoff Mahadi
4. Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi: Datuk Wira Yusoff Mahadi
Timbalan Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Hassan
5. Jawatankuasa Undang-undang
Pengerusi: N. Saaran
Timbalan Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
6. Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram
Timbalan Pengerusi: Tang Chee Hong
7. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita
Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah
8. Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai
Pengerusi: Datuk Seri Hj. Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
9. Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Pengerusi: Tang Chee Hong
Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. PS Sugumaran
10. Jawatankuasa Status
Pengerusi: N. Saaran
Timbalan Pengerusi: Mohd Azizudin Mohd Shariff
11. Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Haji Hishamuddin Abdul Karim
12. Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi: CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM)
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan
13. Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: Tan Sri Dr Aseh Che Mat
Timbalan Pengerusi: Tan Sri Azam Baki
14. Jawatankuasa Tiket dan Stadium
Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Datuk Haji Ismail Karim
15. Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan
Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram
Timbalan Pengerusi: Dato’ Dollah Salleh
16. Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan
Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Timbalan Pengerusi: CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri
B. JAWATANKUASA AD-HOC FAM
1. Jawatankuasa Hubungan dan Pembangunan Ahli Gabungan
Pengerusi: Datuk Wira Yusoff Mahadi
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan
2. Jawatankuasa Infrastruktur
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram.