Seorang Ibu Tuntut RM1.87 Juta Daripada Neymar
Eropah
Al-Hilal FC
Advertisements

Bintang Al-Hilal dan Brazil, Neymar kembali diselubungi kontroversi apabila menerima saman berjumlah €368,000 (RM1.87 juta) daripada seorang wanita hari ini.

Akhbar Le Parisien melaporkan wanita Brazil berusia 35 tahun itu pernah bekerja sebagai tukang cuci di kediaman beliau.

Dalam samannya itu, wanita itu mendakwa bekerja tujuh hari seminggu dari Januari 2021 hingga Oktober 2022 tanpa henti.

Advertisements

Bekas tukang cuci itu turut mendakwa dipaksa bekerja sehingga 15 hari sebelum dia melahirkan anak keempatnya.

Wanita itu turut mendakwa tidak menerima slip gaji biarpun bekerja 60 jam seminggu dengan gaji €15 (RM76) sejam. Dia juga dinafikan peluang untuk bercuti atau mendapat cuti berbayar daripada Neymar.

Kes ini berpotensi dibawa ke mahkamah jenayah sekiranya semua dakwaan bekas tukang cuci itu dibuktikan sebagai benar.

Advertisements

Neymar ketika ini sedang menjalani pemulihan selepas mengalami kecederaan ACL semasa menjalani tugasan antarabangsa bersama Brazil pada bulan lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram