Seorang Jurulatih Berpengalaman Bakal Bimbing Melaka
Liga M3
Melaka FC
Advertisements

Pasukan Liga M3, Melaka FC kini dalam rangka untuk merombak barisan pemain dan jurulatih bagi menghadapi saingan liga musim hadapan.

Presiden Melaka FC, Datuk Wira Nur Azmi berkata rombakan yang bakal dilakukan itu turut melibatkan ketua jurulatih dan mensasarkan untuk kembali ke Liga Super pada musim 2025.

“Jurulatih dari Liga Super memberikan keyakinan kepada saya (untuk jawatan ketua jurulatih Melaka FC 2024). Saya dah cuba jurulatih luar negara, tapi dia tak sesuai dengan persiapan Liga M3.

Advertisements

“Kali ini saya ambil jurulatih yang saya rasa banyak negeri yang beliau dah latih. Kita dah buat dua kali perbincangan bersama jurulatih tersebut.

“Kita sekarang nak buat penstrukturan semula barisan pemain. Mungkin ada pemain dari Liga Super berminat untuk bermain Liga M3 disebabkan jurulatih tersebut yang mereka suka.

“Apa-apa pun yang mendatang, saya punya sasaran adalah Liga Super. Namun buat masa ini, kita fokus kepada M3,” jelas Datuk Wira Nur Azmi seperti dilaporkan Astro Arena.

Advertisements

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Melaka FC akan dinaikkan ke Liga Super musim hadapan jika pasukan tersebut bergabung dengan Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA).

Namun segala-galanya perlu bergantung kepada rayuan MAFA kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang sebelum ini telah mengemukakan rayuan untuk kembali ke Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram