Sepakan Percuma 3 Langkah Hafizal Hamad Persis Andrea Pirlo

hafizal hamad macam pirlo Sepakan Percuma 3 Langkah Hafizal Hamad Persis Andrea Pirlo
Youtube / Hafizal Hamad

Ternyata Hafizal Hamad juga mempunyai bakat dalam bermain bola sepak.

Siapa sangka selebriti TV sukan yang kerap bermain di kaca TV ini turut mempunyai bakat luar biasa dalam melakukan sepakan percuma.

Expand player

Sepakannya bukan biasa-biasa tapi ianya laju menyusur masuk ke pintu gawang dengan 3 langkah persis pemain sensasi dunia, Andrea Pirlo.

Tambahan pula kedua-dua figura ini berkongsi umur yang sama dan lahir pada tahun 1979.

Sementara itu peminat Hafizal sempat berseloroh:

“Tan Cheng Ho wajib panggil Pak Long untuk latihan bersama Harimau Malaya.” Jelas Kenanga Sari.

Selain itu ada juga yang menambah perisa:

“Terbaik paklong.. Tak ramai yang pandai sembang pasal bola, reti main bola..” Jelas Ghosttown Mastermind.

Apa macam Freekick PakLong?

Dilahirkan di Kulim, Kedah, Hafizal memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran pada tahun 2003 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyampai berita, pengulas sukan dan Ketua Meja Sukan.

Beliau sangat berpengalaman luas dalam dunia sukan tanah air dan menjadi antara pengacara sukan paling senior yang masih berkhidmat untuk masyarakat.

Sepanjang kerjayanya Hafizal telah dianugerahkan sebagai Pengulas Sukan Terbaik Seri Angkasa 2011 dan turut dikurniakan Darjah Ahli Mahkota Pahang oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah serta Pingat Khidmat Terpuji oleh TYT Yang DiPertua Negeri Melaka.