Sepanyol Hampir Dimalukan Switzerland
Eropah
Advertisements

Sepanyol merupakan pasukan pertama yang layak ke peringkat separuh akhir apabila menewaskan Switzerland yang bermain dengan 10 pemain melalui penentuan sepakan penalti di Saint Petersburg awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Sepanyol terlebih dahulu dihadapan seawal minit ke 7 perlawanan apabila bek kiri pasukan Barcelona iaitu Jordi Alba melakukan satu rembatan yang membias kaki pemain Switzerland, Dennis Zakaria sekaligus mematikan langkah penjaga gol Yann Sommer.

Selepas jaringan itu, Sepanyol masih menguasai perlawanan dengan hantaran-hantaran pendek dan kemas namun dapat dipatahkan oleh benteng kebal Switzerland yang dikemudi baik oleh Manuel Akanji dan Nico Elvedi.

Tamat separuh masa kekal dengan kedudukan 1-0 memihak Sepanyol.

Bermula separuh masa kedua, permainan Switzerland lebih pantas dan berjaya membelah pertahanan Sepanyol. Hasilnya pada minit ke 68, kealpaan benteng pertahanan Sepanyol membolehkan Xherdan Shaqiri menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Selang 10 minit selepas gol itu, Switzerland menerima tamparan hebat apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah mereka yang bermain untuk kelab Atalanta iaitu Remo Freuler dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras ke atas Gerard Moreno. Serangan bertali arus terus dilakukan bagi menekan Switzerland tetapi berjaya dipatahkan oleh kecemerlangan Yann Sommer di pintu gol. Tamat separuh masa kedua kedudukan kekal 1-1.

Pada masa tambahan, Sepanyol terus menguasai perlawanan. Tetapi malangnya deretan peluang yang terhidang tidak dapat diterjemahkan kepada jaringan ditambah pula dengan kecekapan penjaga gol Switzerland Yann Sommer yang berjaya menangkis semua asakan dari pemain Sepanyol. Keputusan kekal 1-1 dan berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Pada penentuan sepakan penalti, Sepanyol berjaya menewaskan Switzerland 3-1 di mana Unai Simon cemerlang menyelamatkan penalti dari Fabian Schar dan Manuel Akanji manakala sepakan Julien Vargas melewati palang gol.

Pada perlawanan separuh akhir nanti, Sepanyol akan bertemu Itali yang mengejutkan pasukan Belgium dalam satu lagi perlawanan suku akhir dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram