Dalam satu perlawanan Bundesliga melibatkan Union Berlin dengan Werder Bremen terdapat satu kejadian di mana pemain pertahan Wender Breman, Marco Friedl terjatuh menahan sepakan bola pemain lawan.
Sepakan pertama terkena di dadanya kemudian sepakan kedua terkena perutnya.
Sepakan ketiga pula terkena kakinya dan lengkaplah 3 sepakan terkena tubuh badan Marco Friedl.
Di Twitter ramai yang menggelarnya sebagai “Real life Scott Sterling”, satu watak penjaga gawang yang sebelum ini berlakon untuk video kena bola tanpa henti.

Marco Friedl mengalami kecederaan kerana terlalu sakit namun tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana situasi menyerang sedang berlaku dalam perlawanan ini dan sukar buat pengadil memberhentikannya.
Dalam perlawanan ini, Union Berlin menang 3-1 menentang Werder Bremen.