Sergio Aguero Ikut Jejak Faisal Halim
UltraSukan
Ortuseight
Advertisements

Selepas pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dipilih sebagai duta but jenama Indonesia, Ortuseight, seorang lagi pemain negara dipilih mengikut jejak langkahnya.

Pemain yang dimaksudkan ialah kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero. Pengumuman beliau sebagai duta jenama tersebut dibuat menerusi satu hantaran di Instagram semalam.

“Kami bangga untuk mengumumkan bahawa kami telah menandatangani Sergio Aguero, seorang atlet yang hebat dari Malaysia sebagai duta rasmi jenama.

Advertisements

“Sergio ialah seorang figura berinspirasi dengan dedikasi yang hebat dan semangat untuk pertumbuhan yang berterusan.

Kami komited menyokong beliau sepanjang pengembaraan beliau. Sama-sama kita mencipta sejarah dan memberikan yang terbaik,” kata pengurusan Ortuseight dalam satu kenyataan.

Aguero menyifatkan perlantikan ini sebagai satu penghormatan buat dirinya dan gembira menjadi sebahagian daripada keluarga jenama Ortuseight.

Advertisements

“Terima kasih Ortuseight, gembira dan bangga menjadi sebahagian daripada keluarga,” ujarnya.

Sejak hantaran itu dimuatnaik di Instagram, hantaran tersebut mendapat 6,506 suka dan 42 komen.

Kelibat Aguero sebelum ini dilihat dalam acara Catalyst Test Play Match anjuran Ortuseight yang diadakan pada 12 Januari lalu.

Advertisements

Ortuseight ialah jenama barangan sukan dari Indonesia yang aktif menaja pasukan futsal dan bola sepak di Indonesia.

Kini, Ortuseight sedang melebarkan sayap mereka ke pasaran antarabangsa termasuk negara jiran, Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram