Advertising
“Seri Dengan Korea Selatan, Gol Romel Morales Itu Penyudah KL City” – Khalid Samad
MakanBola
FA Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad mengingatkan bahawa kudrat dua tonggak KL City, Romel Morales dan Paulo Josue telah membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia.

Beliau menjelaskan perkara ini dalam satu sesi sidang media berkenaan perkembangan pasukan The City Boys bagi musim 2024/25.

Ad

Mengulas lanjut, Khalid memberitahu bahawa tunggakan gaji KL City hanyalah dua bulan dan bukan 4 bulan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Ad

Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan kini optimis untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin sebelum saingan Liga Super 2024/25 bermula.

Sungguhpun KL City berdepan kekangan kewangan, beliau berusaha untuk mencari dana sebaik mungkin sambil memberitahu bahawa bajet sekitar RM14 Juta sudah mencukupi untuk membentuk sebuah skuad yang mantap.

Ad

Khalid juga yakin bahawa KL City bukanlah sebuah pasukan yang hanya mahu menyertai saingan tetapi memberikan yang terbaik untuk bersaing di pentas bola sepak Malaysia.

Ad

“Saya yakin sokongan terhadap bola sepak. Perlu diingatkan kepada semua bahawa keputusan seri berdepan Korea Selatan 3-3, gol daripada Romel Morales dan bantuan gol daripada Paulo Josue itu penyudah KL City.”

Ad

“Satu negara bergembira, FAM dapat RM 5 Juta, tetapi Romel dan Paulo yang biayai mereka hari demi hari, bulan demi bulan adalah KL City.”

Beliau juga menganggap bahawa penghargaan juga perlu diberikan kepada kelab yang telah berjaya menggilap bakat untuk beraksi buat skuad kebangsaan.

“Kalau tak ada KL City, maka tidak adalah Romel Morales dan Paulo Josue. Gol ketiga itu pun tak masuk,” ujarnya pada sesi sidang media hari ini.

Romel bagaimanapun telah melengkapkan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala masa depan Paulo Josue pula masih menjadi tanda tanya.

Siaran Langsung: Sidang Media KL City