Setelah ‘Hilang’ di Kedah, Ah Chong Tekad Bangkit Bersama Kelantan United
Dunia
Malaysian Football League
Advertisements

Pemain tengah, Khairu Azrin Khazali mengakui misi utamanya apabila membuat keputusan menyertai Kelantan United adalah memulihkan semula kariernya.

Pemain dikenali dengan panggilan Ah Chong itu seperti ‘hilang dari radar’ setelah menyertai Kedah musim lalu namun tekad untuk bangkit setelah kembali bekerjasama dengan Thomas Trucha, jurulatih yang bertanggungjawab menyerlahkan prestasinya ke tahap terbaik bersama Penang pada 2021.

“Di Kedah, saya sudah cuba yang terbaik namun sukar untuk bermain lebih kerap kerana terlalu ramai pemain di bahagian tengah seperti Dechi Marcel, Sanrawat (Dechmitr), Fadzrul Danel dan Asnan Ahmad.

Advertisements

“Jadi, saya harap pemergian ke Kelantan United mampu kembalikan keyakinan saya dengan cuba memburu tempat dalam kesebelasan utama.

“Satu lagi faktor, saya mahu kembali bekerjasama dengan Trucha kerana semasa di Penang, saya berada di bawahnya dan di sanalah, saya melalui salah satu detik terbaik dalam karier.

“Harap dengan beliau, saya mampu pamerkan apa yang boleh diberikan di atas padang kerana Trucha banyak memahami gaya permainan saya selaku pemain tengah bertahan,” kata Khairu Azrin.

Advertisements

Berusia 31 tahun, pemain ini hanya membuat 16 penampilan secara keseluruhan bersama sang kenari, iaitu tujuh kali di dalam kesebelasan dan sembilan sebagai pemain gantian dengan meraih 710 minit permainan.

Bekas pemain PKNS FC, Felda United dan Terengganu FC ini berkeyakinan persiapan Kelantan United ketika ini dalam landasan tepat dan tidak menolak mereka mampu menjadi antara pasukan yang perlu diberi perhatian musim ini.

“Jika dilihat senarai pemain tempatan Kelantan United, saya boleh katakan agak seimbang senarai pemain senior dan muda, ini sesuatu yang positif.

Advertisements

“Adanya pemain lama seperti Indra dan Syazwan sangat penting kerana mereka boleh memberi panduan kepada pemain-pemain muda dalam pasukan.

“Masih terlalu awal untuk menilai sejauh mana kemampuan pasukan ini tetapi jika kami mampu membentuk keserasian dengan pantas, saya rasa kami boleh hadirkan kejutan di saingan Liga Malaysia,” tambahnya.

Sebagai rekod, Kelantan United telah membawa masuk beberapa pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahyuddin, Syazwan Zainon, Abd Latiff Suhaimi serta Morgaro Gomis untuk memperkuatkan pasukan musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram