Shahrel Fikri Bakal Buat Kim Pan-gon ‘Pening Kepala’
Liga Super
NSFC 1923
Advertisements

Prestasi mengagumkan penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri dilihat mampu untuk menambat hati pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Umum mengetahui bahawa bekas penyerang Perak ini sudah pun melengkapkan perpindahan ke Negeri Sembilan selepas mengharungi dua musim yang cukup sukar di Selangor.

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan antara bintang terbaik yang dimiliki oleh Perak suatu ketika dahulu sehingga membawanya untuk mendapat tempat bersama pasukan kebangsaan.

Advertisements

Kecederaan jangka panjang bagaimanapun telah mengubah cerita beliau ketika bersama The Red Giants sehingga sukar untuk mendapatkan prestasi terbaiknya semula.

Perjalanan karier bekas penyerang prolifik Malaysia ini bagaimanapun seakan hidup semula di bawah kendalian K. Devan bersama skuad Jang.

Sungguhpun lebih banyak beraksi sebagai pemain gantian, Shahrel membuktikan kualitinya sebagai seorang penyudah berbisa di Malaysia apabila sudah pun meledak tiga gol hanya dalam 8 penampilan.

Advertisements

Beraksi hanya 389 minit dari 11 perlawanan, beliau masih mampu mencatat nama selaku penjaring tempatan yang menonjol dan hanya dua gol sahaja dipisahkan dengan pemain muda berbakat JDT, Arif Aiman.

Situasi ini merupakan perkembangan yang cukup positif untuk memberi pilihan kepada Pan-gon untuk menilai individu yang terbaik bagi mengetuai jentera serangan Malaysia di Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram